- Kuala Terengganu merupakan negeri yang terletak di kawasan pantai timur. Negeri ini pada dahulunya di kenali sebagai "Taring Anu", sehinggalah mendapat jolokan sebagai Kuala Terengganu. Kemudian ianya juga turut di kenali dengan panggilan " Majlis Perbandaran Kuala Terengganu "(MPKT) sehinggalah ianya diiktiraf sebagai " Majlis Bandaraya Pesisir Air" (MBKT). Dato Ahmad Bin Said merupakan Menteri Besar negeri Terengganu. Pelbagai yang telah di kecapi oleh rakyat negeri Terengganu dari masa ke semasa. contohnya boleh dilihat melalui kemudahan serta kecanggihan teknologi hari ini.
KAWASAN PESISIR AIR
MASJID KRISTAL
- Masjid Kristal terletak di perkampungan Pulau Wan Man. Masjid ini sangat dikenali di negeri Terengganu kerana ianya terletak berhampiran dengan sungai Terengganu. Keunikkan masjid ini terselah apabila ianya mempunyai dua jalan perhubungan iaitu melalui jalan darat atau jalan air. Selain itu, masjid ini mempunyai kecantikan tersendiri apabila ianya dikelilingi oleh 21 replika masjid. Contohnya masjid Mesir, Taj Mahal dan sebagainya. Peningkatan pelancong semakin bertambah setelah Program realiti TV9 mengadakan aktiviti "Islam Hadhari". Selain itu masjid ini juga dipilih oleh bakal pengantin yang mahu mendirikan rumah tangga.
PULAU WARISAN
- Pulau Warisan merupakan tempat peranginan yang baru diperkenalkan di negeri Terengganu.


